MUQADDIMAH
“ YA ALLAH, KAMI LETAKKAN KAMU DIBATANG LEHER MUSUH KAMI DAN KAMI BERLINDUNG DENGANMU DARI KEJAHATAN MEREKA, YA ALLAH LEBURKAN KUMPULAN MEREKA, KACAU BILAUKAN PERSATUAN MEREKA, CERAI BERAIKAN PAKATAN MEREKA, GONCANGKAN PENDIRIAN MEREKA, HANTARKAN ANJING- ANJING KAMU KE ATAS MEREKA, WAHAI TUHAN YANG GAGAH PERKASA, WAHAI TUHAN YANG PENUH RAKSASA, WAHAI TUHAN YANG BERSIFAT MURKA, YA ALLAH, YA ALLAH, YA ALLAH, WAHAI TUHAN YANG MENURUNKAN AL-QURAN, WAHAI TUHAN YANG MENGGERAKKAN AWAN, WAHAI TUHAN YANG MENGALAHKAN BALA TENTERA AL-AHZAB, KALAHKAN MEREKA , MENANGKANLAH KAMI KEATAS MEREKA.”
Monday, November 2, 2009
Projek Haram Taman AI??
inilah yang dikatakan projek Haram
Salam 1 suara, 1 mahasiswa, 1 revolusi.
Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t kerana memberikan kita nikmat yang cukup bermakna dalam kehidupan kita iaitu nikmat iman, islam dan ihsan. Tanpa nikmat tersebut tidak bermakna kehidupan kita di atas muka bumi ini. Selawat dan salam buat Rasul junjungan yang telah mempertaruhkan nyawanya , ahli keluarga dan para sahabat hanya untuk menyampaikan risalah Islam hingga seluruh dunia ini dicoret dengan segala macam nikmat kesejahteraan buat umat manusia.
Kita bersyukur kepada Allah s.w.t kerana telah membuka pintu hati mahasiswa KUIS yang selama ini ditindas dan diperanjingkan oleh pihak pentadbiran yang begitu zalim. Baru-baru ini kita disebarkan dengan flyers projek haram taman AI yang mencecah RM 500ribu. Benarkah projek itu haram? atau fitnah semata-mata. Ayuh mahasiswa kita berfikir sama ada haram ataupun halal..
Wahai mahasiswa KUIS duit kita sekarang disalah gunakan oleh pentadbiran yang begitu zalim apa buktinya?. Buktinya sahabat sekalian pembinaan Projek Taman AI yang mencecah RM500ribu dimana KUIS dapat duit sebegitu banyak. Kita mintak susur gajah dari asrama ke masjid lain yang dibuatnya. Apalah salah jika pentadbiran habiskan duit untuk kepentingan mahasiswa bukan untuk kepentingan pentadbiran. Jika benar pihak pentadbiran gunakan wang kita dengan cara yang betul kenapa apa yang kami mintak tidak bagi lain yang dibaginya.
Ingat pentadbiran yang zalim!!!! Allah akan membalas baik apa yang kamu buat terhadap kami dengan lebih dahsyat lagi. Sudah lama kami terseksa. Ingat ye doa orang yang teranaya sentiasa dimakbulkan oleh ALLAH. Sabar dan tunggu pembalasan dari ALLAH.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum wrt.
ReplyDeleteSaya tidak tahu siapakah gerangan pengendali blog ini tapi saya kira niatnya pengedali adalah baik. Dan setiap yang baik natijahnya juga baik, insya-Allah.
Dalam menulis seharusnya kita tidak mengenepikan rasa tanggungjawab dan amanah dengan apa yang ingin kita lontarkan.
Soal yang dikatakan Projek Haram Taman AI adalah sama sekali lari dari fakta dan kebenarannya. Ini tidak seharusnya berlaku ke atas golongan yang melaungkan keadilan dan kebenaran.
Kita tidak boleh sama sekali hanya bersandar kepada cerita-cerita tepi jalan yang tidak sahih lagi berbaur fitnah.
Matlamat yang baik sahaja belum cukup jika usaha mencapainya kotor dan keji. Kita mesti membersihkan diri kita daripada kekotoran ini dan jangan biar ia terpalit lagi.
Jangan kerana kita benci satu-satu golongan maka kita berlaku zalim pula terhadap mereka. Keadilan mesti ditegakkan walaupun ke atas seorang pembunuh mahupun pemimpin yang zalim seperti Tun Dr. Mahathir.
Saya berdoa gerakan mahasiswa bergerak megah dan gagah. Mungkin sudah sampai masanya kita turun ke padang dan jalanan bagi memperjuangkan nasib dan hak kita setelah usaha diplomasi dan perbincangan dipandang sepi.
arrazzi alhafiz ibn jalaluddin
KHADAM MAHASISWA
Salam,
ReplyDeleteAdakah kemudahan persekitaran yang baik untuk kampus seperti taman adalah projek haram?
Fikirkanlah sejenak..