MUQADDIMAH

“ YA ALLAH, KAMI LETAKKAN KAMU DIBATANG LEHER MUSUH KAMI DAN KAMI BERLINDUNG DENGANMU DARI KEJAHATAN MEREKA, YA ALLAH LEBURKAN KUMPULAN MEREKA, KACAU BILAUKAN PERSATUAN MEREKA, CERAI BERAIKAN PAKATAN MEREKA, GONCANGKAN PENDIRIAN MEREKA, HANTARKAN ANJING- ANJING KAMU KE ATAS MEREKA, WAHAI TUHAN YANG GAGAH PERKASA, WAHAI TUHAN YANG PENUH RAKSASA, WAHAI TUHAN YANG BERSIFAT MURKA, YA ALLAH, YA ALLAH, YA ALLAH, WAHAI TUHAN YANG MENURUNKAN AL-QURAN, WAHAI TUHAN YANG MENGGERAKKAN AWAN, WAHAI TUHAN YANG MENGALAHKAN BALA TENTERA AL-AHZAB, KALAHKAN MEREKA , MENANGKANLAH KAMI KEATAS MEREKA.”

Friday, November 6, 2009

Perhatian kepada semua Mahasiswa KUIS

Salam 1 suara 1 mahasiswa 1revolusi

Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH s.w.t kerana dengan limpah kurnia-NYA kita diiberi peluang untuk hidup dan masih lagi diberi kekuatan untuk teruskan perjuangan walaupun rintangan yang terpaksa kita hadapi. Selawat dan salam untuk rasul junjungan kita nabi Muhammad s.a,w yang banyak berkorban sehinggakan terpaksa bermandi darah.

Salam keamanan kepada semua Mahasiswa KUIS dari kami dipihak blog PRK KUIS. Kami sangat-sangat teruja dengan pihak GMS yang telah memperjuangkan hak mahasiswa yang telah lama dizalimi.Tahniah buat pihak GMS yang telah berjaya membuat satu perubahan di KUIS. Untuk maklumat semua Mahasiswa KUIS kami dipihak blog PRK KUIS tidak ada kena mengena dengan GMS. Kami hanya penyokong kepada GMS yang menyokong apa yang GMS bawakan untuk kepentingan Mahasiswa.

Baru-baru ini timbul fitnah yang mengatakan pihak GMS ada menulis risalah menyatakan yang pensyarah KUIS makan gaji haram agak terkilan kenyataan itu. Kami dipihak blog PRK KUIS telah bertemu dengan presiden GMS sendiri. Beliau mengatakan tidak ada pun dipihak GMS sendiri menerbitkan risalah tersebut dan beliau menegaskan bahawa GMS menolak sama sekali unsur-unsur yang boleh menyentuh hak-hak bagi pihak-pihak tertentu dan apa yang dikeluarkan oleh GMS telah dikaji dahulu sebelum membuat tindakan dan tidak ada perkara yang dilakukan hanya membuta tuli semata- mata ikut nafsu. Kami juga ada mendengar berita yang mengatakan dalam blog ini juga ada artikel yang mengatakan pensyarah makan gaji haram. Cuba kalian baca elok-elok artikel yang kami tulis dengan teliti. Kami tak pasti sama ada ada pihak yang cuba memfitnah kami.

Kami menyeru kepada mahasiswa jika ada terbaca mana-mana artikel mengenai pensyarah makan gaji haram sila maklumkan pada ruang komen dan kritikyang ada di sebelah kanan. Maklumkan dengan detail kepada kami jangan hanya bagi maklumat main-main. Kami harap Mahasiswa KUIS tidak mudah percaya dengan kata-kata yang tidak ada bukti yang sah kerana ini memburukkan lagi keadaan. Sesungguhnya ALLAH s.w.t bersama dengan orang yang benar.

Kami dipihak blog PRK KUIS menyeru kepada para-para pemfitnah dapat memberi kenyataan yang benar kepada seluruh Mahasiswa KUIS. Sempat lagi kamu bertaubat. Sesungguhnya ALLAH suka orang bertaubat. Wa Allahu a’lam..

3 comments:

  1. la..suh org bertaubat, diri sendiri tu dah bertaubat ke...?
    cube bygkn ape yg anda buat tu seakan memecahbelahkan mahasiswa dan ia juga seumpama anda memecahbelahkan ISLAM kerana majoriti mahasiswa di KUIS adalah ISLAM..tidakkah itu lg kejam dari kenaikan yuran? MAsih tidak sedar ke? Islam berjaya berkuada menwan 2/3 dunia kerana umatnya bersatu tp kite semate2 yuran dan tidak puas hati kepde satu pihak ats dsar peribadi ingin memchbelhkn dan menjatuhkan ISLAM..Na'uzubillah...So harap lepas ni arap perbincngn arap diadakan perbincngn sept org ade akal...jgn malukan KUIS kern bukn anda je yg blaja kat situ tp ramai agy..Ingat tu..Thanks..teguran membina menjd poemangkin perubhn

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Untuk membicarakan isu KUIS turun yuran, sila layari blog ini dan sila beri komen anda:

    http://www.mahasiswa-kuis-kisdar.blogspot.com/

    Kajian terhadap sesuatu isu perlu dilakukan supaya ia ditangani dengan baik dan berkesan..

    Wassalam.

    ReplyDelete
  3. aku sangat sokong GMS tu, tapi kalau blog ini aku tak sokong, sebaiknya makalah semacam ini tak wujud. kalau lah orang luar tau ada tulisan macam ni, kita malu. sudah jelas islam mengajarkan kita untuk tidak merendahkan suatu kaum, aib itu jangan di publikasikan. cukup orang dalam saja yang tau.....terimakasih

    ReplyDelete