Alhamdulillah , segala puji bagi Allah SWT yang telah melestarikan seluruh alam ini dengan nikmat Iman dan nikmat Islam yang tidak terhingga.Selawat dan salam buat Rasul junjungan yang telah mempertaruhkan nyawanya , ahli keluarga dan para sahabat hanya untuk menyampaikan risalah Islam hingga seluruh dunia ini dicoret dengan segala macam nikmat kesejahteraan buat umat manusia.
Salam 1 Suara , 1 Revolusi dan salam 1 Mahasiswa warga kerja Buletin PRK KUIS ucapkan buat seluruh kakitangan , para pensyarah dan para mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.Alhamdulillah , buat julung kalinya Buletin PRK KUIS 09/10 yang akan menjadi wadah utama gerbang informasi pilihan raya kampus yang akan membuka tirainya tidak lama lagi telah berjaya diluncurkan sebagai penambah rasa rempah ratus persepsi , suara dan idealisme mahasiswa dalam mengacip kejayaan sebagai ikon ummah , bangsa dan negara.
Pilihan raya kampus merupakan suatu proses pembangunan jati diri serta kredibiliti mahasiswa dalam titip perjalanan ke arah kepimpinan mahasiswa yang memperjuangkan kebajikan , suara dan hak-hak eksklusif mahasiswa.Pilihan raya kampus sering kali dikaitkan dengan budaya politiking mahasiswa yang dinakhodai oleh beberapa gerakan mahasiswa cakna perubahan yang sering menghantui pihak pentadbiran kampus ke arah mencapai revolusi mahasiswa mendominasi perubahan kampus.
Namun , amatlah memalu dan menjelekkan apabila kita berbicara mengenai pilihan raya kampus mahupun politik kampus dikalangan mahasiswa Islam di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.Hampir keseluruhan mahasiswa KUIS tidak cakna terhadap tuntutan berpolitik di kampus dan peri pentingnya pilihan raya kampus terhadap kelansungan evolusi mahupun revolusi mahasiswa menerajui transformasi mahasiswa intelek.
Jika disoroti satu persatu proses pilihan raya kampus yang berlansung selama sedekad kini , maka tidak hairanlah mengapa mahasiswa KUIS masih terus menerus diperkudakan oleh pihak pentadbiran , bacul dalam menyuarakan hak-hak mereka dan masih dihantui dan dibelenggu dengan pemikiran kanak-kanak sekolah.Mahasiswa KUIS hanya memahami konsep 3K iaitu menghadiri kuliah semata-mata , membuang masa dan membuat onar di kafe dan menjadi tikus yang pengecut di atas katil tanpa mahu mengekstrak diri mereka ke arah mahasiswa yang berupaya untuk menjadi solidariti kepada mahasiswa , masyarakat dan ummah.
Ketidak seriusan mahasiswa KUIS terhadap peri pentingnya pilihan raya kampus ini juga telah menyebabkan lahirnya para pimpinan pelajar yang diragui kredibilitinya , bacul dalam mengangkat suara hak-hak mahasiswa yang sering di perbodohkan oleh pihak pentadbiran dan terus menerus menjadi balaci dan anjing suruhan pihak pentadbiran.
Ayuh mahasiswa sekalian , janganlah kalian terus menerus merelakan diri kalian dianjing kurapkan oleh pihak pentadbiran melalui kebobrokan dan kemandulan kalian sendiri.Usah biarkan diri kalian dicabul akibat kebaculan kalian.Marilah kita bersama-sama menuju ke arah mahasiswa yang berevolusi melalui kesedaran terhadap peri pentingnya pilihan raya kampus terhadap kelansungan suara mahasiswa merobek pintu-pintu kebobrokan pihak pentadbiran kampus.Ayuh hidupkan semangat politik kampus dan laungkan semboyan kuasa mahasiswa !!!
MUQADDIMAH
“ YA ALLAH, KAMI LETAKKAN KAMU DIBATANG LEHER MUSUH KAMI DAN KAMI BERLINDUNG DENGANMU DARI KEJAHATAN MEREKA, YA ALLAH LEBURKAN KUMPULAN MEREKA, KACAU BILAUKAN PERSATUAN MEREKA, CERAI BERAIKAN PAKATAN MEREKA, GONCANGKAN PENDIRIAN MEREKA, HANTARKAN ANJING- ANJING KAMU KE ATAS MEREKA, WAHAI TUHAN YANG GAGAH PERKASA, WAHAI TUHAN YANG PENUH RAKSASA, WAHAI TUHAN YANG BERSIFAT MURKA, YA ALLAH, YA ALLAH, YA ALLAH, WAHAI TUHAN YANG MENURUNKAN AL-QURAN, WAHAI TUHAN YANG MENGGERAKKAN AWAN, WAHAI TUHAN YANG MENGALAHKAN BALA TENTERA AL-AHZAB, KALAHKAN MEREKA , MENANGKANLAH KAMI KEATAS MEREKA.”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment