Salam 1 suara, 1 mahasiswa, 1 revolusi.
Alhamdulillah syukur berbanyak-banyak kepada Allah s.w.t kerana dengan keizinan-Nya kita diberi peluang untuk terus hidup meneruskan perjuangan menegakkan islam. Selawat dan salam kepada rasul junjungan kita nabi Muhammad yang bertungkus lumus untuk menyampaikan islam sehinggakan bermandi darah.
Salam hormat kami ucapkan kepada semua pensyarah yang berada dibumi KUIS ini yang sangat kami sayangi lagi kami kasihi. Sebenarnya kami sudah lama ingin luahkan isi hati kami kepada semua pensyarah mungkin selama ini belum sesuai dan mungkin hari ini ALLAH s.w.t telah bukakan hati kami untuk meluahkan isi hati kami yang selama ini meluap-luap dalam diri kami. Berbanyak kesyukuran kepada ALLAH s.w.t yang memberikan kepada kami kekuatan untuk meneruskan kehidupan yang penuh ronak durinya.
Sebenarnya kami sangat sedih dengan pensyarah kami yang selama ini patut membantu kami tapi sebaliknya. Inilah sebenarnya perasaan kami selama ini yang kami terpaksa pendam untuk beberapa tahun. Akhirnya Allah s.w.t beri kami kekuatan untuk meluahkan apa yang selama ini terpendam. Pensyarah merupakan ibu-bapa kami apabila kami sudah menjejakan kaki dibumi kuis ini. Yelah bila dah kami anggap pensyarah ibu-bapa kami disitulah tempat kami mengadu segala masalah yang timbul dalam diri kami. Tapi apa yang berlaku sebaliknya pensyarah langsung tidak mendengar masalah kami walaupun ada segelintir yang mendengarnya tapi tidak ada tindakan yang diambil sebaliknya mengkondem pelajar. Sekiranya beginilah kemana tempat kami ingin mengadu??
Wahai guruku kami sudah lama merana kami dizalimi pihak pentadbiran setiap sem yuran kami naik sehinggakan kami terpaksa ikat perut selama beberapa hari. Maggilah menu utama kami yang terpaksa kami makan walaupun kajian mengatakan makan maggi tidak baik untuk kesihatan tapi itulah yang mampu kami beli. Kami bukan orang kaya kami anak orang buat sawah setiap hari ibu-bapa kami terpaksa berkerja untuk menyara kami. Kami bukan ada seorang je adik beradik tapi ada yang 9 orang ,dan ada yang 10 orang. Gaji ibubapa kami tak cukup untuk nak menyara kami dengan hanya Rm 900. Tak cukup wahai guruku, kami hanya bergantung kepada pinjaman kami itupun sedikit je diberikan kepada kami. Kami tak sanggup nak mintak duit kepada ibu-bapa kami bukan apa kalau diberinya sudah tentu adik-adik kami dirumah terpaksa ikat perut kami tak sanggup itu berlaku biarlah kami je yang berlapar. Mungkin ada pensyarah yang berkata kalau tak mampu kenapa masuk KUIS. Kami malas nak respon dengan pensyarah yang ada berkata sebegitu fikir-fikirkanlah.
Walaupun kami masuk kelas dengan muka yang ceria tapi pensyarah tidak tahu cerita sebaliknya. Kami tak paham kenapa pensyarah yang kebanyakan ustaz dan ustazah tidak ambil peduli masalah kami yang selama ini kami terpaksa hadapi dengan penuh kesabaran. Kalaulah pensyarah sendiri dilesukan oleh pentadbiran apatah lagi kami di peringkat Mahasiswa senang-senang diperlembukan dicucuk hidung dilayan seperti anjing ketika bertemu.
Harapan kami agar pensyarah sama- sama membantu kami yang selama ini kehidupan kami terseksa dengan kezaliman . Pensyarah yang cemerlang ialah pensyarah yang bukan hanya sekadar mengajar tetapi mengambil tahu masalah pelajar. Demi ALLAH dan Rasul kami menyeru pensyarah-pensyarah sekalian jangan lesukan diri sama-sama bantu pelajar.
Islam itu tinggi tiada yang lebih tinggi daripada Islam.
ALLAH matlamat Kami,
Rasulullah qudwah kami,
Al-quran panduan kami,
Jihad jalan kami,
Syahid cita-cita kami.
YA ALLAH,
YA TUHANKU KEPADA ENGKAULAH KAMI MOHON PERTOLONGAN ,
GULINGKANLAH PENTADBIRAN YANG TELAH MENZALIMI KAMI,
KAMI SUDAH LAMA MERANA YA ALLAH,
PECAHKANLAH PAKATAN MEREKA,
GONCANGKANLAH PENDIRIAN MEREKA,
BALIKKANLAH HATI-HATI MEREKA,
CERAI-BERAIKANLAH PAKATAN MEREKA,
HANCURKANLAH KEKUATAN MEREKA
TEGUHKANLAH HATI PENSYARAH KAMI,
KEPADAMULAH KAMI MEMOHON PERTOLONGAN…YA ALLAH
Layari blog:http//www.prkkuis0910.blogspot.com
MUQADDIMAH
“ YA ALLAH, KAMI LETAKKAN KAMU DIBATANG LEHER MUSUH KAMI DAN KAMI BERLINDUNG DENGANMU DARI KEJAHATAN MEREKA, YA ALLAH LEBURKAN KUMPULAN MEREKA, KACAU BILAUKAN PERSATUAN MEREKA, CERAI BERAIKAN PAKATAN MEREKA, GONCANGKAN PENDIRIAN MEREKA, HANTARKAN ANJING- ANJING KAMU KE ATAS MEREKA, WAHAI TUHAN YANG GAGAH PERKASA, WAHAI TUHAN YANG PENUH RAKSASA, WAHAI TUHAN YANG BERSIFAT MURKA, YA ALLAH, YA ALLAH, YA ALLAH, WAHAI TUHAN YANG MENURUNKAN AL-QURAN, WAHAI TUHAN YANG MENGGERAKKAN AWAN, WAHAI TUHAN YANG MENGALAHKAN BALA TENTERA AL-AHZAB, KALAHKAN MEREKA , MENANGKANLAH KAMI KEATAS MEREKA.”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tolong ape ye
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteUntuk membicarakan isu KUIS turun yuran, sila layari blog ini dan sila beri komen anda:
http://www.mahasiswa-kuis-kisdar.blogspot.com/
Kajian terhadap sesuatu isu perlu dilakukan supaya ia ditangani dengan baik dan berkesan..
Wassalam.