MUQADDIMAH

“ YA ALLAH, KAMI LETAKKAN KAMU DIBATANG LEHER MUSUH KAMI DAN KAMI BERLINDUNG DENGANMU DARI KEJAHATAN MEREKA, YA ALLAH LEBURKAN KUMPULAN MEREKA, KACAU BILAUKAN PERSATUAN MEREKA, CERAI BERAIKAN PAKATAN MEREKA, GONCANGKAN PENDIRIAN MEREKA, HANTARKAN ANJING- ANJING KAMU KE ATAS MEREKA, WAHAI TUHAN YANG GAGAH PERKASA, WAHAI TUHAN YANG PENUH RAKSASA, WAHAI TUHAN YANG BERSIFAT MURKA, YA ALLAH, YA ALLAH, YA ALLAH, WAHAI TUHAN YANG MENURUNKAN AL-QURAN, WAHAI TUHAN YANG MENGGERAKKAN AWAN, WAHAI TUHAN YANG MENGALAHKAN BALA TENTERA AL-AHZAB, KALAHKAN MEREKA , MENANGKANLAH KAMI KEATAS MEREKA.”

Thursday, November 12, 2009

Maruah MPM Tercalar di Perhimpunan Mahasiswa (HIMSIS)..

Salam 1 suara 1 revolusi 1 mahasiswa

Segala puji bagi ALLAH s.w.t selayak Keagungan KerajaaNYA. Selawat dan salam buat baginda Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga, para sahabat dan tabiin serta pendokong perjuangan sepanjang zaman.

Perhimpunan Seluruh Mahasiswa KUIS (HIMSIS) yang diadakan baru-baru ini telah membongkar segala aktiviti MPM yang selama ini tidak diketahui oleh Mahasiswa. Baru semalam kita didedahkan? Satu pertanyaan kenapa baru semalam selepas ada gerakan mahasiswa sedar baru MPM tersedar nak buat HIMSIS sedangkan himpunan itu boleh dibuat awal lagi. Inilah MPM KUIS hanya nak populariti berbanding buat kerja untuk Mahasiswa.

HIMSIS yang diadakan bukan untuk mendengar suara mahasiswa tetapi sebaliknya menghentam Mahasiswa yang hadir dengan penuh harapan untuk meluahkan apa yang mereka pendamkan selama ini. Malam tadi telah menunjukkan bahawa MPM sebenarnya bukan Majlis Perwakilan Mahasiswa tetapi Majlis pengkhianat Mahasiswa. Mereka menutup pembesar untuk mahasiswa yang ingin luahkan masalah seolah-olah mereka ada perancangan untuk jatuhkan pihak tertentu. Sekiranya mereka jujur dengan mahasiswa mereka tidak akan melakukan sebegitu rupa. Mereka menjemput seluruh orang pentadbiran dan dekan-dekan yang menyokong mereka. Bodohnya MPM kita, sekiranya nak buat HIMSIS usah panggil sebahagian staf saja panggil semua staf yang berada di bumi KUIS ini supaya mereka cakna dengan masalah Mahasiswa KUIS ini.

Kuasa Allah Taala telah buktikan pada malam HIMSIS siapa sebenar MPM.. Mahasiswa sudah pandai berfikir bukan macam dulu lagi. Inilah MPM yang selama ini kita ingat pembela mahasiswa tetapi sebaliknya mengkhianat Mahasiwa hanya mengikut telunjuk pentadbiran (JPM) dan mengikut kata-kata mantan MPM yang terdahulu. Inilah zaman pemerintahan MPM yang paling teruk diketuai oleh Nasrul Izad. Ikut telunjuk nuaim yang hanya cari publisiti murahan. Wahai nasrul Izad kamu kena kaji sapa nuaim sebenar dialah dalang kepada perpecahan MPM. Kamu kaji balik siapa sebenar Nuaim??? Tiba-tiba masuk KUIS nak menonjol semula. Tak pelik ke? Fikirlah masak-masak jangan hanya terima pandangan orang buta-buta.

Ingat wahai pimpinan MPM bahawa amanah yang dipikul bukan mainan inilah perkara yang perlu diambil berat. Walaupun ada sebahagian MPM yang dipilih jalan belakang tanpa sokongan mahasiswa tapi kena ingat amanah bukan benda mudah. Sekiranya tidak mampu letak jawatan bagi orang lain bukan lepas letak jawatan ambil balik jawatan wujud bila ada majlis yang besar-besar je. Amanah bukan benda main-main satu tanggugjawab yang akan disoal akhirat kelak. Jangan sesekali ikut nafsu bila buat sesuatu perkara. ALLAH akan balas sekilip mata saja. Jauhkan diri dari Musuh-musuh kamu jangan ikut kata-kata musuh, lawan mereka dengan kebenaran.

Hasrat kami sebagai mahasiswa agar MPM janganlah menjadi balaci kepada pentadbiran sebab semalam mereka gelakkan kepada kamu, kami lihat wajah-wajah mereka keriangan dengan tindakan kalian yang telah masuk perangkap mereka. Mereka inginkan mahasiwa berpecah belah, lihat tindakan kamu semalam memecahkan mahasiwa bukan menyatukan mahasiswa. Ambil ikhtibar daripada HIMSIS semalam kecewa mahasiswa semalam. Ramai yang keluar tidak puas hati dengan MPM. Tercapaikah objektif HIMSIS semalam??

Muhasabah kembali apa yang kamu semua buat. Cukup cantik pembukaan majlis dengan doa yang merintih kepada ALLAH, pengerusi Majlis tetap juga berulang kali mendoakan agar ALLAH bukak kan hati tapi kenapa sewaktu kejadian lain pulak jadinya adakah doa yang dibaca ada sedikit lari niat ataupun sengaja digunakan untuk niat yang lain, wa ALLAHU A’lam. Ayuh sama-sama kita bersatu menegakkan kebenaran. Jauhkan diri dari bersengkokol dengan pentadbiran yang selama ini telah menzalimi kita.
Biarlah Islam yang Pimpin kita bukan kita yang Pimpin islam..

No comments:

Post a Comment