MUQADDIMAH

“ YA ALLAH, KAMI LETAKKAN KAMU DIBATANG LEHER MUSUH KAMI DAN KAMI BERLINDUNG DENGANMU DARI KEJAHATAN MEREKA, YA ALLAH LEBURKAN KUMPULAN MEREKA, KACAU BILAUKAN PERSATUAN MEREKA, CERAI BERAIKAN PAKATAN MEREKA, GONCANGKAN PENDIRIAN MEREKA, HANTARKAN ANJING- ANJING KAMU KE ATAS MEREKA, WAHAI TUHAN YANG GAGAH PERKASA, WAHAI TUHAN YANG PENUH RAKSASA, WAHAI TUHAN YANG BERSIFAT MURKA, YA ALLAH, YA ALLAH, YA ALLAH, WAHAI TUHAN YANG MENURUNKAN AL-QURAN, WAHAI TUHAN YANG MENGGERAKKAN AWAN, WAHAI TUHAN YANG MENGALAHKAN BALA TENTERA AL-AHZAB, KALAHKAN MEREKA , MENANGKANLAH KAMI KEATAS MEREKA.”

Friday, October 30, 2009

Benarkah kewujudan berhala di KUIS


Inilah yang dikatakan berhala yang wujud di KUIS

1 Suara 1 Revolusi 1 Mahasiswa

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kita masih lagi diberi nyawa untuk hidup meneruskan perjuangan yang penuh dengan cabaran,tidak lupa juga kepada rasul junjungan kita nabi Muhammad s.a.w yang bertungkus lumus untuk menyampaikan risalah yang diutuskan oleh ALLAH kepada kita semua.

Terkejut saya apabila dengar wujud berhala di KUIS sedangkan setahu saya KUIS ini merupakan satu institusi pengajian islam yang mana pelajarnya majoriti islam malahan pula KUIS ini dibawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Mana buktinya kewujudan berhala di KUIS??.

Apabila kita semua masuk ke pintu gerbang KUIS pandangan pertama yang akan dilihat ialah bulatan antarabangsa yang berdiri tegak tiang-tiang bendera yang mewakili setiap negara islam. Kemudian pandangan pelik terus kepada replika yang seakan bentuk yang susah untuk ditafsirkan dan jika dilihat dengan mata hati ia seolah-olah seperti BERHALA( lihat gambar diatas).

Apa motif sebenar replika(BERHALA)itu dibina?? sedangkan KUIS ini merupakan satu kampus,satu institusi yang mana majoriti pelajarnya ISLAM. Adakah islam di KUIS ini retorik semata-mata??? Jika benar KUIS ini bawa ISLAM yang bukan sekadar retorik kenapa masih wujud BERHALA ini lagi di KUIS. Sayang sangatkah mereka dengan berhala itu???

benarkah BERHALA ini dikatakan memberikan kebajikan kepada MAHASISWA KUIS atau hanya sembahan sesetengah individu atau satu kelompok yang diketuai oleh ustaz Halim dan kuncu-kuncunya. sekiranya BERHALA itu dipercayai dapat memberikan keuntungan kepada pihak pentadbiran ataupun MAHASISWA adakah ianya dibenarkan dalam ISLAM??

Berhala ini patut dirobohkan agar kepercayaan khurafat dikalangan PENTADBIRAN ini semakin serius. Ayuh ramai-ramai desak pentadbiran robohkan BERHALA itu yang dikatakan memberikan mereka keuntungan.

JAUHILAH KHURAFAT TEGAKKAN KEBENARAN.

2 comments:

  1. ISLAM mengajar ke kita gunakan ayat seperti di atas..Sekiranya kamu semua ingin tegakkan kebenaran, gunakan cara yang betul.Rasulullah sesekali tidak pernah menggunakan bhs kesat kepada musuhnya tapi mengapa kita yang seakan kononnya mengaku memperjuangkan perjuangan Rasulullah tp melakukan perkara di atas nafsu dan bisikan syaitan. Duduk kat masjid tu blaja untuk menghina dan menghentam orang ke? itu ke yang dipelajar. Harap je Al-quran di tangan tapi bukan dihati ea..huhu..Ingat matlamat tidak menghalalkan cara

    ReplyDelete
  2. erm..

    biasa je ble ade air pancut ade je batu yg pelik2..

    tu la yg arkitek kate seni..

    mcm kita bina rumah..

    sibuk suruh arkitek tu wat itu wat ini..

    pelik2 buat smp arkitek pon pening..

    yg kate mende alah tu berhala wat ape??

    buat je la petak2 kuis tu mcm rumah lama..

    toksah nak seni2 sngt..

    silap pndang jd berhala...

    bnd blh fkr tu fkr aje..

    tp kalo fkrn da lari jd la cmt..

    ReplyDelete